Wednesday, August 26, 2015
Tuesday, August 25, 2015
MATLAMAT PSS
#Meningkatkan mutu pengajaran, pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
#Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa serta mengcukupi.
#Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan segera.
#Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan bahan bacaan yang mengcukupi untuk kegunaan pengguna.
#Menyediakan maklumat yang relevan dan terkini kepada warga sekolah.
#Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.
Objektif PSS
#Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai keilmuan yang tinggi hasil dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.
#Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca
dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
#Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran pembelajaran.
#Melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.
Misi PSS
MENJANA DAN MEMBENTUK WARGA STaCMa YANG BERILMU, DINAMIS, KREATIF, INOVATIF DAN BERDISIPLIN DENGAN MEREALISASIKAN PSS SEBAGAI PUSAT SUMBER MAKLUMAT SEIRING DENGAN MATLAMAT WAWASAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
Moto
|
Kualiti Memacu Transformasi
|
|---|---|
Ditubuhkan
|
2013
|
Jenis
| |
Guru Besar
|
Puan Hajah Zainon Binti Omar
|
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
|
Puan Mohaini Binti Arifin
|
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
|
Encik Norafazi Bin Jaafar
|
Pengerusi PIBG
|
Encik Andek Mohd Yassin
|
Kod sekolah
|
JBA1131
|
Lokasi
| |
Kemasukan Pelajar
|
2013
|
Nama singkatan
|
SKTCM, STaCMa
|
Telefon
|
072170021
|
Faks
|
072160021
|
Sejarah
Memandangkan pembangunan yang mula wujud di kawasanTaman Cahaya Masai, maka segala kemudahan asas atau kemudahan infrastuktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, telefon dan juga bekalan air telah pun sedia ada dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju melantik arkitek ALMA ARCHITECTS & PLANNER SDN BHD yang beralamat di 38, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, 81200, Johor Bahru, Johor dan konsultant-konsultant lain iaitu PERUNDING ABADI SDN BHD (Jurutera Awam & Struktur) di No. 61, 3rd Floor, Jln 2/27f, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, JURUTERA HAIKAL PERUNDING SDN BHD (Jurutera Mekanikal & Elektrikal) di 16, Jalan Tembaga Kuning 4, Taman Sri Skudai, 81300 Skudai, Johor, ADAM QS CONSULTANCY (Jurukur Bahan) di 72-3-1, Jln 3/62d, Medan Putra Business Centre, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan Kontraktor utama USUL SAUJANA SDN BHD untuk menjalankan kerja-kerja rekabentuk sehinggalah kepada peringkat pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya Masai.
Tarikh mula pembinaannya ialah pada 24 OKTOBER 2011 dan tarikh siap mengikut kontak pada 24 OKTOBER 2012. Tempoh kontrak adalah satu tahun. Jumlah Kontrak sebanyak RM 15,185,961.40. Tarikh cadangan mula beroperasi bagi SK Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor ialah pada 1 JULAI 2013. Tetapi pengoperasian untuk proses pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan pada 1 JANUARI 2013 di dua buah sekolah rendah yang berhampiran iaitu SK Kopok dan SK Cahaya Baru.
Subscribe to:
Comments (Atom)


