Tuesday, August 25, 2015

Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya Masai.png


Moto
Kualiti Memacu Transformasi
Ditubuhkan
2013
Jenis
Guru Besar
Puan Hajah Zainon Binti Omar
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
Puan Mohaini Binti Arifin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Norafazi Bin Jaafar
Pengerusi PIBG
Encik Andek Mohd Yassin
Kod sekolah
JBA1131
Lokasi
Taman Cahaya Masai81700 Pasir GudangJohorMalaysia
Kemasukan Pelajar
2013
Nama singkatan
SKTCM, STaCMa
Telefon
072170021
Faks
072160021

Sejarah

Memandangkan pembangunan yang mula wujud di kawasanTaman Cahaya Masai, maka segala kemudahan asas atau kemudahan infrastuktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, telefon dan juga bekalan air telah pun sedia ada dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju melantik arkitek ALMA ARCHITECTS & PLANNER SDN BHD yang beralamat di 38, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, 81200, Johor Bahru, Johor dan konsultant-konsultant lain iaitu PERUNDING ABADI SDN BHD (Jurutera Awam & Struktur) di No. 61, 3rd Floor, Jln 2/27f, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, JURUTERA HAIKAL PERUNDING SDN BHD (Jurutera Mekanikal & Elektrikal) di 16, Jalan Tembaga Kuning 4, Taman Sri Skudai, 81300 Skudai, Johor, ADAM QS CONSULTANCY (Jurukur Bahan) di 72-3-1, Jln 3/62d, Medan Putra Business Centre, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan Kontraktor utama USUL SAUJANA SDN BHD untuk menjalankan kerja-kerja rekabentuk sehinggalah kepada peringkat pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya Masai.
Tarikh mula pembinaannya ialah pada 24 OKTOBER 2011 dan tarikh siap mengikut kontak pada 24 OKTOBER 2012. Tempoh kontrak adalah satu tahun. Jumlah Kontrak sebanyak RM 15,185,961.40. Tarikh cadangan mula beroperasi bagi SK Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor ialah pada 1 JULAI 2013. Tetapi pengoperasian untuk proses pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan pada 1 JANUARI 2013 di dua buah sekolah rendah yang berhampiran iaitu SK Kopok dan SK Cahaya Baru.

No comments:

Post a Comment